
Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)
YAN, 1 April (Malaysiaaktif) – Pegawai-pegawai masjid perlu memantapkan ilmu duniawi dan ukhrawi dalam mendidik dan menyantuni kariah masing-masing.
Ahli Palimen Jerai Ustaz Sabri Azit semasa perasmian Kursus Pemantapan Pegawai Masjid Daerah Yan Tahun 1443H/2022M pada Khamis berharap agar kursus ini dapat menjadi medan pengembangan dan penghayatan ilmu dan dakwah berasaskan al-Quran dan Sunnah.
“Mereka perlu bersikap lebih profesional dalam menyelesaikan masalah untuk memperlihatkan bahawa syiar Islam ini bersifat inklusif dalam mengimbangi kehidupan masyaraka,” katanya lagi.
Kursus tersebut telah diadakan dari 30 hingga 31 Mac di sebuah hotel di Yan.
-ZS-