
Laporan/foto: Irman Yusoff (Pahang)
TEMERLOH, 16 April (Malaysiaaktif) – Duta Komuniti mampu menjadi perantara antara kerajaan dan masyarakat dalam penyampaian maklumat dan isu-isu semasa.
Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, YB Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata melalui program Duta Komuniti ini dapat merapatkan jurang yang ada dikalangan rakyat dengan kerajaan.
“Melalui Duta Komuniti ini juga akan memudahkan penyampaian maklumat dan isu-isu setempat ke pengetahuan pihak kerajaan,” katanya di Majlis Pelancaran dan Perlantikan Duta Komuniti di SJK (C) Kuala Krau, di sini, hari ini.
Duta Komuniti berperanan sebagai ejen di lapangan menjalankan tanggungjawab berkonsepkan 3M (Mengingatkan, Menegur, Menggalakkan).
Ia merupakan produk terbaru Jabatan Penerangan yang berasaskan kesukarelawan yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasa strategik kementerian lain misalnya Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan dan lain-lain lagi.
-ZS-