Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Majlis Santuni Anak-Anak Yatim dan Tahfiz Sempena Ramadan

By 16 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 15 April (Malaysiaaktif) – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan LADA (KSKL) telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra LADA sempena Ramadan bersama Anak-anak Yatim dan Tahfiz, Langkawi di Ombak Villa Langkawi semalam.

“Penganjuran majlis bertujuan untuk mengukuhkan ikatan silaturahim di kalangan keluarga LADA, anak-anak yatim, pihak pengurusan pusat jagaan/sekolah tahfiz seterusnya memperlihatkan penghayatan bulan Ramadan lebih bermakna dan kedatangan Syawal yang bakal tiba akan di sambut penuh keceriaan,” menurut Nassaruddin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), yang berkata kepada pihak media.

Pada majlis ini LADA telah menyumbangkan sebanyak RM4,000 kepada Pusat Jagaan Rumah Anjung Kasih Anak-anak Yatim dan Miskin, Kampung Wang Tok Rendong dan RM2,000 kepada Sekolah Maahad Tahfiz Al Quran Dakwatul Hidayah, Kampung Sungai Kedak, Mukim Padang Matsirat.

Salah seorang peserta yang ditemui pihak media, Faizal Salleh, 32, berkata “majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara agensi dan penduduk setempat selain dapat menghayati bulan Ramadan dengan membuat kebajikan seperti bersedekah dan membantu orang yang yang ditimpa kesusahan.”

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda