
Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)
DURIAN TUNGGAL, 15 April (Malaysiaaktif) – Program Kacau Dodol Setaman kali kedua yang dianjurkan Kawasan Rukun Tentangga (KRT) Taman Kenari Jaya mendapat penyertaan mengalakkan dikalangan penduduk.
Menurut Pengerusi KRT, Zaki Dol, program ini akan terus dilaksanakan setiap tahun sebagai aktiviti tahunan kerana rata-rata masyarakatan taman memberi kerjasama yang baik.
“Kami mengambil pendekatan bahawa semua aktiviti KRT perlu bebas daripada unsur politik, bergerak sebagai badan bukan kerajaan (NGO) harus mengambil kira fahaman politik masyarakat taman, supaya semua boleh terlibat secara langsung dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh KRT,” ujar Zaki.
Sebanyak dua kawah dodol berjaya disiapkan dengan kerjasama penduduk taman dan diagihkan kepada semua 105 rumah yang terdapat disini.
-ZS-