Laporan/foto: Judy Henry (Sarawak)
BETONG, 16 April (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Yang Berhormat Ricky @ Mohamad Razi Sitam hadir merasmikan Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2022 bertempat di Riviera Sport Centre Debak, di sini, semalam.
Seramai 100 orang penduduk daerah Debak menerima wang tunai bernilai RM100.00 dan hamper bernilai RM80.00 sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) sempena Hari Raya Aidil Fitri.
“Sumbangan ini di harapkan dapat meningkatkan kualiti hidup kalangan keluarga yang kurang berkemampuan serta dapat meringankan beban kewangan dan menceriakan mereka sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” menurut Razi Sitam.
-ZS-