Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Penggerak Masyarakat Dunia Cintakan Al-Quran

By 16 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka)

MELAKA, 13 April (Malaysiaaktif) – Majlis tilawah Al-Quran antarabangsa secara atas talian kali ke-12 anjuran Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menarik minat penyertaan seramai 52 orang peserta daripada Malaysia dan luar negara.

Tuan Yang Terutama negeri Melaka Mohd Ali Muhd Rustam telah berkenan untuk hadir ke majlis penutup dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim Melaka.

“Menurut pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (MAIM) Che Sukri Che Mat, objektif penganjuran bersama Dunia Melayu Dunia Islam adalah bertujuan untuk mempertingkatkan lagi hubungan silaturahim diantara masyarakat Melayu-Islam khususnya kalangan negara ahli anggota Dunia Melayu Dunia Islam. Selain itu, ia juga dapat memupuk minat dalam mencintai serta menghayati kalam suci Al-Quran.

Majlis Tilawah Al-Quran yang dilaksanakan setiap tahun ini di dalam bulan ramadan diharap dapat diteruskan lagi penganjurannya, walaupun dibuat secara atas talian atas faktor mengurangkan risiko jangkitan COVID-19,” ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda