
Laporan/foto: Luqman Hakim Salamudin (Petaling)
SUBANG JAYA, 15 April (Malaysiaaktif) – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melancarkan Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan pembiayaan terutamanya golongan B40 dan M40 memiliki kediaman sendiri.
Menteri KPKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata hasrat kerajaan seperti yang disasarkan oleh Perdana Menteri iaitu satu keluarga satu rumah dan inisiatif ini turut dibantu oleh Kementerian Kewangan.
Katanya, peruntukan sebanyak RM2 bilion daripada bank-bank yang terlibat disediakan kepada pembeli rumah pertama.
“Usaha ini juga tidak dapat direalisasikan tanpa kerjasama Bank Negara termasuk pelbagai institusi perbankan dalam menjayakan inisiatif i-Biaya ini,” katanya ketika ditemui di Bandar Sunway, semalam.
-ZS-