Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Melaka)
Melaka, 15 April (Malaysiaaktif) – Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkenan untuk menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka (Sesi Khas) di Dewan Seri Utama, Ayer Keroh, di sini kelmarin.
Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) telah diberikan kepada Presiden DMDI Negara Bosnia, Amer Bukvic di atas sumbang bakti berterusan dengan memberi perkhidmatan cemerlang dan terpuji kepada Kerajaan Negeri Melaka.
Penerimaan pingat ini juga secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan yang baik antara Negeri Melaka dan Negara Bosnia serta penerimanya juga diberi gelaran Datuk serta isterinya diberi gelaran Datin.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari, barisan Exco kerajaan negeri dan Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.
-ZS-