Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Melaka Komited Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Jana Pendapatan

By 27 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 27 April (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri Melaka komited dalam membantu golongan kurang berkemampuan menyambut perayaan dengan menyampaikan bantuan kepada 1471 penerima seluruh negeri Melaka tahun ini.

“Kerajaan negeri berusaha untuk membantu golongan ini keluar daripada kesusahan hidup dengan mengadakan program menjana pendapatan,” kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali semasa merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 Peringkat Negeri Melaka, di sini baru-baru ini.

“Program bantuan kepada semua pihak yang memerlukan dan layak akan diteruskan. Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membantu dan menyelaras semua permohonan,” ujarnya.

Turut hadir Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Noordin dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Burhanuddin Bachik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda