
Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Melaka)
Melaka, 27 April (Malaysiaaktif) – Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam berharap agar program World Quran Hour yang diadakan setiap tahun di seluruh negara diteruskan di Melaka.
“Ïa dapat meningkatkan keyakinan serta rasa kehambaan kita semua dan jika dijadikan amalan harian, ia mampu memberi panduan yang baik kepada diri dan negara,” ujarnya.
Beliau bercakap demikian dalam Majlis Taddarus dan Khatam Al-Quran Penjawat Awam Negeri Melaka sempena Program Ihya’ Ramadan Peringkat Negeri Melaka di Masjid Al-Alami Melaka International Trade Centre (MITC), di sini semalam.
Pada majlis anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka tersebut, Tun Mohd Ali Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Ab Rahman turut bersama 300 orang penjawat awam dan masyarakat bertaddarus dan khatam al-Quran.
-ZS-