Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Program Bubur Lambuk Komuniti Keluarga Malaysia Erat Silaturrahim Antara Kaum

By 16 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Hajar Kamis/Mohd Shariffuddin Saedin (Seremban)

SEREMBAN,16 April (Malaysiaaktif) – Bagi mengimarahkan lagi bulan ramadan pada tahun ini, Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) DUN Sikamat dan DUN Temiang serta Ahli Jawatankuasa Surau Seremban Putra telah menganjurkan program bubur lambuk untuk diedarkan pada penduduk setempat.

Pengerusi KKM, Hassan Bin Mohamad berkata program bubur lambuk pada hari ini merupakan simbol keakraban penduduk.

“Penyediaan 500 bungkus bubur lambuk pada hari ini adalah salah satu cara untuk bertemu dan bersemuka bersama jiran dan penduduk di sini sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim”. Katanya yang ditemui dalam program tersebut.

Tambahnya lagi selain Ahli KKM, edaran bubur lambuk pada hari ini akan turut dihadiri oleh Ketua bahagian MCA Seremban, Siow Kooi Voon Pengerusi Makkal Sakti Dun Sikamat, Narayana Poduval Exco MIC Negeri sembilan Sasi Kumar A/L Kunhappan serta beberapa orang ahli MCA Dun Sikamat

“Kami ketepikan perbezaan fahaman agama dan perbezaan kaum untuk bersama-sama menyelaesaikan misi edaran bubur lambuk pada hari ini,” tambahnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda