
Laporan/foto: Zurina Saad (Kedah)
YAN, 16 April (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang penerima dari golongan B40 telah menerima Kotak Rezeki Ummat yang mengandungi barangan keperluan harian sumbangan dari MyFundAction di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Yan hari ini.
“Saya menyeru kepada golongan belia agar dapat bergiat aktif sebagai mata dan telinga kepada mana-mana NGO’s bagi membantu mengesan golongan sasar ini agar tidak tercicir dari menerima sebarang bantuan,” kata Shahidah Othman, Pengurus MyFunAction dalam ucapannya.
Selain dari itu, beliau mengharapkan agar kerjasama antara NGO, jabatan kerajaan, dan lain-lain agensi akan membawa kesepakatan agar lebih ramai lagi golongan sasar ini dapat di bantu seiring dengan tagline mereka MyFundAction, For The Best Future.
-ZS-