
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 15 April (Malaysiaaktif) – 700 orang golongan asnaf di Labuan menerima sumbangan wang tunai RM200 setiap seorang berserta periuk nasi elektrik, beras dan kurma daripada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), semalam.
Menurut satu kenyataan Perbadanan Labuan, jumlah keseluruhan sumbangan itu adalah sebanyak RM220,500.00 dan disampaikan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim pada Program Nur Ramadan di Masjid Sultan Muhammad V, di sini.
Selain itu peruntukan sebanyak RM1,000 kepada setiap masjid dan surau Jumaat serta RM500 kepada surau-surau lain di Labuan turut disampaikan yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM47 ribu.
-ZS-