Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Tiga Pusat Tahfiz Labuan Terima Sumbangan Semarak Kasih

By 15 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 15 April (Malaysiaaktif) – Tiga buah pusat tahfiz di pulau itu menerima sumbangan bernilai RM117,200.50 sempena Program Semarak Kasih yang disampaikan sendiri oleh  Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, semalam.

Menurut kenyataan rasmi Perbadanan Labuan, tiga pusat tahfiz tersebut adalah Maahad Tahfiz Al Quran Al Badr, Kampung Lubok Temiang, Madrasah Tahfiz Seri Merinding, Kampung Layang-Layangan dan Pusat Bimbingan Tahfiz Quran Al Ummi, Kampung Kerupang.

“Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah menyalurkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM100,000.00 berbentuk pembelian barangan elektrik, peruntukan RM 10,000 bagi setiap pusat tahfiz dan bantuan wang tunai kepada para pelajar,”menurut kenyataan itu.

Selain itu, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) turut menyampaikan sumbangan berbentuk barangan makanan kering bernilai RM14,200.50 selain peruntukan penyediaan juadah makanan berbuka puasa kepada semua pelajar dan pengurusan Maahad tahfiz bernilai RM 3,000 daripada Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan (JAWI).

-ZS-

Tinggalkan komen anda