Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Taklimat Isu, Sumbangan Ramadan

By 3 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayang Siti Nurzuhairah Abang Ahmad Zaini (Bachok)

BACHOK, 2 April (Malaysiaaktif) – Program Taklimat Isu-Isu Semasa ini bertujuan untuk menjelaskan segala fitnah, menangani dakyah dan salah maklumat terhadap isu vaksin yang berleluasa pada masa kini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Irama, Mohamad Huzaimy Che Husin, semasa berucap merasmikan Program Taklimat Isu-Isu Semasa anjuran Pejabat Penerangan Daerah Bachok di Dewan Pusat Khidmat DUN Pantai Irama.

“Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk dalam menghadapi persiapan untuk menyambut bulan Ramadan,” ujar beliau.

Di program tersebut seramai 300 orang diberi sumbangan yang terdiri daripada golongan asnaf, warga emas yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan golongan B40 menerima barangan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak dan seumpamanya.

Turutu hadir bersama ialah Pegawai Perubatan Klinik KesihatanDaerah Bachok, Dr.Nuraini Abdullah, Pegawai Penerangan Daerah Bachok, Fadli Mohamad dan barisan pimpinan komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda