Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

KPLB Kelantan Sumbang RM248 Ribu Untuk Naik TarafTanah Perkuburan Islam Jal Besar

By 3 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Noor Asmani Che Mat Saleh (Tumpat)

TUMPAT, 3 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM248 ribu telah diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi kerja-kerja naik taraf tanah perkuburan Islam Kampung Jal Besar yang akan bermula pada bulan hadapan.

Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Kelantan, Nasrul Hakim Mohd Nasir berkata pihaknya akan memastikan agar semua daerah mendapat pembangunan yang seiring dengan arus pemodenan dan masyarakat selesa dengan kawasan tempat tinggal mereka.

“Daerah Tumpat adalah salah satu daerah yang dititik beratkan untuk menerima banyak lagi program pembangunan yang akan dilaksanakan pada masa hadapan,” jelasnya dalam ucapan sempena Program Info On Wheels & Komuniti Policing yang telah dirasmikan oleh Ketua Polis Kelantan, CP Datuk Haji Shafien Haji Mamat bertempat di tanah perkuburan Islam Jal Besar, Tumpat.

Selain membersihkan kawasan kubur, turut diadakan program gotong-royong mengecat dan membersihkan kawasan masjid Jal Besar.

Turut hadir Yang Berhormat ADUN Wakaf Bharu, Haji Muhd Rusli Abdullah dan Pengerusi Perwira Bakti Negeri Kelantan, Azahar Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda