
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/YIDE
SHAH ALAM, 4 April (Malaysiaaktif) – Seramai 8,100 anak yatim yang berdaftar dengan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bakal menerima sumbangan Aidilfitri secara berperingkat mulai Ahad, 1 Ramadan.
Pengurus Besar YIDE, Nur Mohd Razali Abdullah, sebanyak RM1.21 juta diperuntukkan bagi tujuan tersebut dengan setiap seorang akan menerima RM150.
Menurutnya, sumbangan akan dikreditkan secara berperingkat mengikut daerah.
“Penerima terdiri 1,410 anak yatim di Hulu Langat, Sepang (402), Petaling (1,322), Kuala Selangor (787), Gombak (1,187), Kuala Langat (564), Sabak Bernam (409), Klang (1,533) dan Hulu Selangor (486),” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Katanya, YIDE mengucapkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyumbang sebanyak RM500,000 melalui Baitulmal MAIS selain sumbangan orang ramai serta korporat.
-ZS-