Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
SELAYANG, 4 April (Malaysiaaktif) – Umat Islam sibuk membeli barangan keperluan harian bagi persediaan menyambut Ramadhan pada Sabtu lalu.
Tinjauan di beberapa pasar sekitar Selayang mendapati pengunjung membeli ayam, daging dan ikan untuk keperluan bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga.
Seorang pengunjung, Kamarudin Shariff, 71, berkata suasana lebih sesak berbanding hari minggu sebelum ini kerana ramai yang membuat persiapan berpuasa pada Ahad.
“Harga barangan masih normal namun berharap agensi berkaitan sentiasa memantau sekiranya terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan,” katanya yang ditemui di Pasar Harian Selayang.
Peniaga, Maseta Saari, 44, pula memaklumkan kehadiran pengunjung ke pasar menunjukkan peningkatan namun tiada pembelian panik dikesan.
-ZS-