
Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)
SANGLANG, 1 Mei (Malaysiaktif) – Bagi mengembalikan nostalgia untuk menyambut hari raya seperti zaman dahulu seorang warga emas mengambil inisiatif membuat kembali kuih bahulu menggunakan kaedah tradisional.
Che Ambon Ahmad, 86, dari Kampung Permatang Keriang Sanglang, Perlis berkata, proses pembuatan kuih bahulu cara lama ini ini adalah untuk memberi pendedahan kepada cucu-cucu beliau mengenai cara orang dahulu membuat kuih raya.
“Bahulu yang makcik buat ini di panggil ‘bahulu kandis’ sebanyak 12 biji bahulu dapat di siapkan di dalam satu acuan dan mengambil masa di dalam 3-4 minit dan di bakar menggunakan dapur arang serta sabut kelapa.”
“Sedikit rumit adalah kita perlu mengawal api dan bara dapur tradisional ini kerana ia berbeza jika kita membakar dengan menggunakan dapur gas atau elektrik,” jelasnya lagi.
-ZS-