Laporan/foto: Mohamad Anizan Mat Daud/Nusyirwan Muhammad (Kota Bharu)
KOTA BAHRU, 29 April (Malaysiaaktif) – Seramai 338 orang asnaf dan warga Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Parlimen Ketereh menerima zakat bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MenKOMM), Tan Sri Datuk Seri Panglima Tpr. Annuar Haji Musa tujuan utama majlis ini adalah bagi meraikan nikmat kepada golongan yang memerlukan khasnya golongan asnaf dan lambang keprihatinan pemimpin.
“Selaku ahli Parlimen Ketereh saya akan terus berkhidmat untuk rakyat, berusaha memberikan dan membawa apa-apa jua manafaat untuk rakyat di Ketereh,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
Seramai 171 orang dan 167 orang penerima masing masing bagi Dewan undang Negeri (DUN) Melor dan Kadok Ketereh berjaya diraikan di sini semalam.
Turut hadir Pemangku Pengarah Penerangan Kelantan, Zaid Ahamd, Pemimpin komuniti tempatan dan masyarakat tempatan.
-ZS-