Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kejohanan Bola Jaring MSL 2022 Pemula Pelbagai Kejohanan Sukan Daerah Seluruh Negara

By 23 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Noorezrin (Jempol)/ Pejabat Belia dan Sukan Jempol

JEMPOL, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sports League (MSL 2022) Peringkat Daerah Jempol telah berlangsung di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, di sini pagi Sabtu.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol Mahadir Darahi pelbagai kejohanan sukan akan diadakan secara selepas kejohanan bola jaring tersebut.

“Pihak kami akan memberi fokus pula kepada pertandingan kejohanan sepak takraw, bola keranjang dan badminton. Semua pertandingan ini akan diadakan serentak di seluruh daerah,” katanya.

Kejohanan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Negeri Sembilan adalah yang pertama kali diadakan di sini selepas pandemik Covid-19.

-ZS-

Tinggalkan komen anda