Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

KPPK Terus Mempromosikan Industri Sawit Negara

By 24 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya/Noor Sazarina Mohd Noor (Hulu Langat)

AMPANG, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan terus mempromosikan industri sawit negara bagi menggalakkan penggunaan minyak sawit di peringkat antarabangsa.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata beliau telah menjelajah 12 buah negara dalam masa dua bulan bagi mempromosikan minyak sawit negara.

“Industri sawit merupakan komoditi nombor satu negara dan dapat meningkatkan pendapatan negara sebanyak RM104 billion.

“Peningkatan harga buah tandan segar (BTS) kini melebihi RM1,000 satu tan bermula pada Oktober 2021 membantu pekebun kecil sawit menambah pendapatan mereka sehingga RM10,000 sebulan,” katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Ampang, di sini semalam.

Beliau turut menangkis dakwaan Amerika Syarikat bahawa minyak sawit adalah penyebab kepada masalah kesihatan manusia kerana minyak sawit mempunyai pelbagai khasiat dan tidak mengandungi kolestrol.

-ZS-

Tinggalkan komen anda