Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Menangis Kerana Raya Awal Sehari

By 4 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: YusoffIrman (Pahang)

TEMERLOH, 3 Mei (Malaysiasktif) – Pengumuman 1 Syawal pada 2 Mei (semalam) mengejutkan ramai pihak kerana ramai menyangka Adilfitri akan disambut hari ini.

Pengalaman mengejutkan hingga mencetuskan situasi “Hurry Raya” ini dikongsikan oleh pengusaha katering, Siti Rohani Othman, 40.

Rohani, pemilik Resthouse Catering Temerloh mengakui beliau terkejut mendengar pengumuman itu kerana beliau perlu menyediakan juadah santapan untuk Pemangku Raja Pahang yang berkenan berangkat ke daerah ini untuk solat sunat Aidilfitri.

“Saya menangis dan rasa kena batalkan semua ni kerana bahan mentah tak mencukupi dan tempahan barang mentah akan sampai pada 2 Mei.

“Namun berkat sokongan pekerja terutama chef yang akan memasak hidangan, semuanya berjalan lancar,” katanya kepada media.

Rohani menganggap ia satu pengalaman manis dan berharga yang tidak akan dilupakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda