Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Pengorbanan Anggota Bomba Contoh Terbaik Keluarga Malaysia

By 25 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Pengorbanan anggota bomba yang mempunyai sifat mengutamakan kepentingan orang lain lebih daripada diri sendiri dalam menjalankan tugas adalah contoh terbaik kepada Keluarga Malaysia.

Menurut Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias sikap mengutamakan keselamatan dan keselesaan Keluarga Malaysia semasa menjalankan tugas amat dihargai seluruh warga Labuan.

“Pada pandemik COVID-19, anggota bomba merupakan salah satu barisan hadapan Keluarga Malaysia untuk digerakkan bagi menangani penularan wabak itu.

“Terdapat juga anggota bomba yang telah gugur semasa menjalankan tugas menyelamat. Seragam merah itu menjadi saksi keberanian dan pengorbanan mereka terhadap Keluarga Malaysia,” katanya semasa merasmikan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia, Kempen Keselamatan Kebakaran dan Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan 2022, di sini pagi tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda