Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Masyarakat Perlu Berhati-hati dengan Jenayah Penipuan di Media Sosial

By 25 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Orang-ramai perlu berhati-hati dengan arah aliran jenayah komersial yang melibatkan penipuan oleh individu atau kumpulan yang kini bukan hanya melalui panggilan telefon tetapi juga melalui pautan-pautan dan medium media sosial.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis Supt Wan Aeidi Wan Abdullah antara penipuan tersebut adalah melalui pembelian dan percintaan dalam talian, pelaburan tidak wujud, tawaran peluang pekerjaan dan penyamaran sebagai kenalan untuk membuat pinjaman.

“Perkara ini perlu menjadi ingatan kepada semua orang. Penipuan ini masih berleluasa kerana beberapa faktor seperti mangsa mudah mempercayai seseorang dan sebagainya.

“Orang awam yang menjadi mangsa perlu berani membuat laporan polis di balai polis yang terdekat atau menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559/1599,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda