Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Keriangan Aidilfitri Dikongsi Bersama

By 25 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam/Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diraikan bersama seramai 60 orang anak yatim dan 40 orang saudara baru dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan-Jabatan Kerajaan Daerah Batu Pahat yang melibatkan 45 jabatan dan agensi kerajaan, di sini baru-baru ini.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Farid Mohd Khalid sebagai wakil rasmi Menteri Besar Johor turut menyampaikan sumbangan duit raya daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada penerima yang terpilih.

“Sumbangan Aidilfitri dapat membantu saya mempelajari agama dan budaya masyarakat Islam. Saya seronok menjalani kehidupan sebagai umat Islam,” kata Aslisah Dirli, 55, saudara baru yang berhijrah dari Filipina.

Menurut seorang anak yatim yang mendapat sumbangan tersebut Nurul Nabihah, 16, perasaannya sangat gembira kerana diraikan dalam majlis sambutan Aidilfitri ini dan akan menyimpan duit raya tersebut untuk kegunaan masa hadapan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda