Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Rakan Strategik K-KOMM Labuan Meriahkan IOW & Showcase Raikan Syawal

By 25 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Program IOW & Showcase Raikan Syawal anjuran bersama agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) Labuan meriah dengan kehadiran rakan-rakan strategik seperti pemimpin tempatan, agensi kerajaan, agensi swasta selain pendengar setia LABUANfm, di sini semalam.

Menurut satu kenyataan LABUANfm, program yang bertemakan “Keluarga Malaysia” diserikan dengan pelbagai pengisian progam, antaranya Rakaman Progam Plektrum 22, Kecoh Raya Kak Mah dan Kak Pora serta Hari Bertemu Pelanggan RTM dan Info On Wheel (IOW) Jabatan Penerangan W.P Labuan

“Ia juga dijadikan sebagai medium untuk menyebarluaskan inisiatif pencapaian kerajaan kepada umum bagi mengukuhkan kepercayaan rakyat kepada Negara di mana LABUANfm berupaya menyebarkan maklumat yang tepat dan sahih,” menurut kenyataan itu semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Pengarah Kesihatan Labuan Dr. Ismuni Bohari, Timbalan Ketua Polis Daerah Labuan DSP Mohd Ibrahim Ghani dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Labuan Mohd Dzulfaizal Ab Manan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda