Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Temasya 99 Laksa Kuale Ukir Sejarah

By 14 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:

KUALA KANGSAR, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Keunikan dan keenakan laksa menjadi faktor utama penganjuran Temasya 99 Laksa Kuale di daerah ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Zulqarnain Mohamad, berkata program itu julung kali diadakan dan simboliknya, angka 99 diambil daripada perkataaan asal Kuala Kangsar iaitu “Kuala Kurang Sa” mewakili 99 anak sungai yang kurang satu kepada 100.

“Program ini dilaksanakan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Kuala Kangsar seterusnya merancakkan semula sektor pelancongan selepas berlakunya wabak COVID-19”, tambahnya.

Perasmian program disempurnakan DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima Binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda