Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

KSN Ziarah Mangsa Banjir Kilat Janda Baik

By 15 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Izarina Kulub Mat Isa/Muhd Syafiq Irman (Pahang)

BENTONG, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali turun padang menziarahi mangsa banjir kilat di Janda Baik, baru-baru ini.

Beliau yang diberikan taklimat ringkas mengenai keadaan terkini banjir turut menyampaikan sumbangan bantuan kecemasan bernilai RM1,000 mewakili Perdana Menteri Malaysia.

Kerajaan Negeri Pahang dan Yayasan Pahang turut menyampaikan sumbangan dengan jumlah masing- masing sebanyak RM200 dan RM500 kepada mangsa banjir.

Turut hadir mengiringi beliau Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana (NADMA), Ketua Polis Pahang danPegawai Daerah Bentong.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda