Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Usaha Promosi Sukan Tradisi Perlu Diperkasa

By 10 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siscalistorina Janius/Jeanne J Som (Sabah)

KENINGAU, 10 Mei (Malaysiaaktif) –  Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin menyeru agar usaha mempromosi sukan tradisi suku kaum Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR) kepada umum terus diperkasa.

“Pertandingan sukan tradisi harus diteruskan malah perlu diadakan secara lebih meluas agar ia lebih dikenali bukan sahaja di peringkat negeri malah peringkat lebih tinggi,” ujarnya dalam Majlis Pertandingan Sukan Tradisi sempena Pelancaran Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Pusat Kraftangan, di sini baru-baru ini.

Pada acara itu, beberapa sukan tradisi dipertandingkan seperti menyumpit, membujak, melastik dan gusti lengan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda