Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Warga Labuan Sambut Baik Inisiatif Jualan Murah Hari Raya KWP

By 2 Mei 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 29 April (Malaysiaaktif) – Warga Labuan yang ditemui menyambut baik pelaksanaan Inisiatif Jualan Murah Hari Raya yang dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Perbadanan Labuan, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

Menurut seorang pengguna Jefri Kasim, 55, beliau menyokong penuh inisiatif yang memberi manfaat kepada warga pulau bebas cukai itu.

“Saya menyokong penuh usaha kerajaan ini kerana rakyat boleh menikmati perbezaan harga yang begitu ketara berbanding harga asal terutamanya semasa kita membuat persiapan sambutan Aidilfitri,” katanya yang ditemui pagi tadi.

Bagi Hazlina Burhan, 35, beliau berharap inisiatif itu dapat diteruskan agar memberi manfaat kepada lebih ramai masyarakat.

“Usaha kerajaan ini memang sesuatu yang ditunggu-tunggu terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan dan sudah tentu ia perlu diteruskan dari masa ke masa,” katanya yang ditemui selepas membeli-belah barangan keperluan di salah satu pasaraya di sini.

Menerusi program itu, KWP memberikan bantuan subsidi kepada warga Labuan bagi pembelian telur gred C dan D yang akan disubsidikan dari 46 sen kepada 33 sen atau RM10 sepapan manakala minyak masak polibeg dari harga RM2.50 menjadi RM2.00 dengan sejumlah RM183,750.00 diperuntukkan untuk subsidi bagi kedua-dua barangan itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda