![](https://malaysiaaktif.my/wp-content/uploads/2022/05/IMG-20220501-WA0003.jpg)
Laporan/foto: Siti Noorezrin/Siti Zuraida (Negeri Sembilan)
JEMPOL, 29 April (Malaysiaaktif) – Persatuan PEMADAM Daerah Jempol buat pertama kalinya menyantuni anak-anak yang merupakan klien Agensi Anti Dadah (AADK) Jempol sempena ketibaan syawal tidak lama lagi.
Seramai 13 kanak-kanak telah dibawa ke pusat membeli belah di Bandar Bahau bagi memilih sendiri pakaian untuk kegunaan Hari Raya pada petang semalam.
Menurut Pegawai Daerah Jempol merangkap Pengerusi PEMADAM, Nawal Mohamed Amin “kegembiraan melihat anak-anak memilih pakaian untuk Hari Raya adalah satu kepuasan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang turut sama menjayakan program ini”.
Program ini turut dijayakan oleh ahli-ahli PEMADAM Daerah yang bersama membantu anak-anak memilih pakaian mereka.
Pejabat Penerangan Daerah juga turut sama berkongsi rezeki dengan memberikan kit Hari Raya kepada kanak-kanak yang terlibat melalui program IOW Ramadhan.
-ZS-