Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Bengkel Pengenalan ‘Software’ 3 Dimensi dan Permesinan 3D Printer Tarik Minat Pelajar Sekolah Menengah

By 2 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad (Dungun)/UiTM Kampus Bukit Besi

DUNGUN, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Bengkel Pengenalan ‘Software’ 3 Dimensi dan Permesinan 3D ‘Printer’ kepada 20 pelajar sekolah menengah semalam hasil kerjasama antara pihak Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi dengan Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Jerangau bertempat di Makmal Komputer, Bangunan Inovasi, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Bukit Besi berjaya menarik minat pelajar.

Menurut Penolong Rektor UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi, Dr Baktiar Musa bengkel tersebut merupakan satu inisiatif dari Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dalam menyampaikan ilmu berkaitan penggunaan ‘Software’ 3 Dimensi dan latihan dan kemahiran yang diberikan kepada pelajar sekolah secara percuma.

Program yang diadakan ini dapat membantu para pelajar dalam penyediaan lukisan kejuruteraan yang dipelajari di peringkat sekolah dan juga akan membantu pelajar tersebut untuk menyambung pengajian terutama dalam kursus kejuruteraan,’ katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda