Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Memperkasa Teknologi Robotik Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

By 2 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)/Politeknik Nilai

SEREMBAN, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Dalam usaha mendukung agenda Kementerian Pengajian Tinggi bagi memperkasa Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Politeknik Nilai telah menganjurkan Hari Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) Robotik, di sini selama tiga hari bermula 30 Mei hingga 1 Jun 2022 yang lalu.

Pengarah Politeknik Nilai, Wan Zulkifly Wan Zakaria berkata dengan kepakaran yang mereka miliki ianya mampu memberikan pengetahuan berkaitan teknologi dan keperluan kepada pelajar untuk memahirkan diri dengan pelbagai peralatan Internet of Things (IoT).

“Ia juga memastikan konsep kelestarian (Sustainability) diperkasakan dalam membangunkan idea serta inovasi terhadap produk demi kebaikan persekitaran,” katanya.

Kem dan Pertandingan STEM Robotik yang disertai 20 orang pelajar sekitar Labu dan Nilai ini dikendalikan oleh pensyarah di bawah Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang bertindak sebagai mentor manakala fasilitator pula terdiri daripada pelajar program itu sendiri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda