Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

‘Big Crispy Magixburger’ Semakin Mendapat Sambutan

By 1 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Sarujin Seting (Sabah)

KOTA BELUD, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Bagi penggemar burger, jarak bukanlah penghalang untuk datang ke Kota Belud bagi merasai menu yang semakin mendapat sambutan ramai, ‘Big Crispy Magix Burger’.

Pemilik gerai Magix Burger 99, Mohd Haimi Labih, 43, berkata gerai yang terletak di Kampung Pantai Emas itu kini kerap menerima kunjungan daripada penduduk di daerah berdekatan seperti Kota Kinabalu, Tuaran dan Kudat terutamanya sejak peralihan fasa endemik.

“Menu yang sering menjadi pilihan ialah ‘Big Crispy’ kerana saiznya yang besar dan boleh dimakan oleh lima hingga enam orang selain kelazatan ayam rangup sebagai tarikan utama.

“Melihat kepada sambutan yang diterima, kami berhasrat untuk membuka cawangan di tempat lain yang lebih strategik bagi mengembangkan lagi pernigagaan sedia ada,” kongsinya ketika ditemui di gerainya di sini pada Selasa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda