Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

JHP Jadi Tumpuan di Hari Koperasi Negara

By 26 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham/Mohd Afiq Fathullah (Jerantut)

JERANTUT, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Reruai Jualan Harga Patut (JHP) menjadi tumpuan pengunjung di Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung selama dua hari di sini semalam.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pahang, Shamsul Shaharil Ishak berkata, JHP merupakan satu program kerajaan yang mana pelbagai barang keperluan harian dijual 10 hingga 15 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

“Ini merupakan inisiatif pihak kerajaan untuk mengatasi kos sara hidup yang semakin meningkat dan pihak Koperasi diberi peranan utama untuk program JHP ini,” katanya.

Sebanyak 40 reruai terdiri daripada koperasi dan usahawan mengambil bahagian sempena sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri Pahang ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda