Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Eksplorasi Kayak Belia Mengerat Hubungan Masyarakat

By 26 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Eksplorasi Kayak Belia Sungai Terengganu yang disertai oleh 74 belia, bertujuan merapatkan hubungan komuniti sesama belia terutama selepas Pandemik Covid19.

Program anjuran Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu serta Gerakan Belia 4B (M) Kampung Sungai Ular dan Gerakan Belia 4B (M) Kuala Akob di sini baru-baru ini bermula dari pesisir Sungai Temir seterusnya menuju ke Pengkalan Telaga (Kalang Lage) dan berakhir dengan program jamuan rakyat bersama penduduk Kampung Sungai Ular.

“Lebih dua tahun kita tidak melaksanakan program berbentuk komuniti. Pada tahun ini kita berjaya laksanakan bertujuan mengeratkan kembali silaturrahim dan kerjasama sesama komuniti belia serta masyarakat sekeliling,” kata Mukhri Mamat, 33, Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu.

Acara ‘flag off’ disempurnakan oleh Penghulu Mukim Jenagor Effy Hamsha Ariffin merangkap Pengerusi Belia 4B (M) Kawasan Hulu Terengganu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda