Laporan/foto: Aifaa Syafiq (Kuantan)
KUANTAN, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Paya Besar bakal dibangunkan sebagai bandar baharu bertaraf antarabangsa melalui Pelan Tindakan Pembangunan Bandar Baharu Paya Besar 2030.
Timbalan Menteri Kewangan 1 Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah berkata Pelan Tindakan Pembangunan ini bertujuan menaikkan imej Negeri Pahang khususnya Paya Besar ke mata dunia.
“Kita merancang untuk membangunkan beberapa infrastruktur sebagai contoh Akademi Kecemerlangan Sukan Dron Negara (AKSADRON) yang akan dilengkapi trek perlumbaan dron bertaraf antarabangsa,” ujar beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Paya Besar di Majlis Perasmian Penutup Program Kementerian Kewangan Bersama Pelanggan, di sini baru-baru ini.
Pada majlis berkenaan Menteri Besar Pahang turut merasmikan Dewan Paya Besar Dato Sri Abdul Manan yang merupakan rancangan permulaan bagi Pelan Tindakan Pembangunan Bandar Baharu Paya Besar ini.
-ZS-