Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

JKNS Keluarkan 420 Kompaun Kesalahan Merokok di Tempat Awam

By 1 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah mengeluarkan 420 notis kesalahan kepada individu yang merokok di tempat awam dalam operasi mega di seluruh negeri hari ini.

Pengarah JKNS, Datuk Indera Dr Sha’ari Ngadiman, berkata kompaun atas pelbagai kesalahan itu dibawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 yang dikuatkuasakan di semua tempat awam.

“Penguatkuasaan berterusan akan dilaksanakan di semua premis makanan, kedai berhawa dingin, komplek membeli belah, lapangan terbang dan hospital.

“JKNS, semua Pejabat Kesihatan Daerah dan pintu masuk telah melancarkan Operasi Mega Penguatkuasaan PPKHT 2004 serentak di seluruh Negeri Selangor,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, operasi ini melibatkan seramai 260 Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda