
Laporan/foto: Zulbaidi Mohamed/Muhd Syafiq Irman (Pahang)
BENTONG, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menziarahi mangsa banjir kilat di Janda Baik, di sini baru-baru ini.
Mangsa-mangsa banjir pada 11 Mei lalu turut menerima bantuan Wang Ehsan Banjir berjumlah RM300 seorang daripada Wan Rosdy.
Dalam ucapan beliau, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukkan sejumlah RM44 juta bagi membaiki struktur saluran perparitan di kawasan Janda Baik.
Turut hadir mengiringi beliau Pengarah Pengairan dan Saliran Pahang, Ir Roslina Yusop, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin dan barisan exco yang lain.
-ZS-