Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pengunjung Sambut Baik Karnival Pendidikan MyUni

By 6 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Aifa Syafiq (Pahang)

KUANTAN, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Ibu bapa dan pelajar menyambut baik Karnival Pendidikan MyUni anjuran Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputra Malaysia (PKIBM) yang berlangsung selama dua hari, di sini baru-baru ini.

Salah seorang pengunjung karnival Abdul Ghani, 47, berkata penganjuran pada cuti sekolah ini sangat baik dan memberikan kesan positif kepada anak-anak dan pelajar.

“Ia dapat memberi gambaran mengenai hala tuju dan menimbulkan rasa minat untuk menyambung pelajaran,” katanya.

Karnival yang disertai 21 buah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ini bertujuan memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai kelebihan IPTS bagi mereka yang gagal mendapat tempat di universiti awam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda