Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Melaka Lokasi Pertama Jelajah ANMS

By 6 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)/Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

BANDAR HILIR, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Negeri Melaka menjadi lokasi pertama sebagai tuan rumah dalam Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ke negeri-negeri seterusnya semalam.

Objektif utama penganjuran ini adalah membudayakan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kepada kesejahteraan kesihatan.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, Jelajah ANMS ini merupakan aspirasi Malaysia Sihat Sejahtera menerusi promosi gaya sihat dan kawalan kesihatan kendiri menerusi kerjasama rakan-rakan strategik terutama kepimpinan akar umbi dalam bersama mencapai halatuju utama program.

“Untuk makluman bersama, KKM mempunyai pelbagai perancangan termasuk melaksanakan Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional sebagai langkah dalam mengesan penyakit yang tidak berjangkit bermula pada Julai hadapan,” katanya semasa Majlis Perasmian Jelajah ANMS, Sambutan Denggi Asean, Gotong Royong Mega 1.0 Peringkat Kebangsaan 2022 yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda