Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pemeriksaan Mata Percuma Dapat Sambutan Warga Emas

By 17 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid/Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Pemeriksaan mata secara percuma yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Chengkau di sini baru-baru ini telah mendapat sambutan masyarakat setempat khususnya warga emas.

Program anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Universiti Sains Islam Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan itu turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung.

Menurut seorang warga emas Tan Mee Kong, 82, penglihatannya berlaku sedikit perubahan dan sering merasa pening kepada apabila menggunakan kacamata sedia ada.

“Setelah diberitahu ada pemeriksaan mata percuma, tanpa membuang masa saya bersama cucu hadir ke dewan ini. Saya juga dapat membeli kacamata baharu pada harga yang berpatutan,” katanya.

Pameran daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut diadakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda