Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

UKasih Bantu Tingkat Pendapatan dan Taraf Hidup

By 17 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasirah Deris/Mohd Afnan Hakimi (Marang)

MARANG, 17 Jun  (Malaysiaaktif) – Kerajaan Terengganu sentiasa berusaha memikirkan kaedah terbaik bagi membantu rakyat.

Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Program Kesejahteraan dan Peningkatan Ekonomi EKasih (UKasih) mampu membantu untuk meningkatkan pendapatan dalam membaiki taraf hidup golongan miskin tegar.

“Program yang diperkenalkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri ini boleh menjadi satu titik tolak perubahan minda para peserta dan seluruh rakyat untuk merubah keadaan diri sendiri serta keluarga kita.

“Kita perlu berusaha untuk memastikan perniagaan yang dijalankan ini bertambah maju,” katanya semasa merasmikan Program UKasih di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Marang, di sini pada Rabu.

Dr. Ahmad Samsuri turut mengucapkan tahniah kepada semua 21 orang peserta yang telah terpilih untuk menerima bantuan ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda