
Laporan/foto: Mohd Shahrizan Shahabudin (Pulau Pinang)
NIBONG TEBAL, 17 Jun (Malaysiaaktif ) – Citarasa antarabangsa, harga warung. Begitulah yang boleh diumpamakan dengan produk donut yang dihasilkan oleh Pondok Mama Sungai Acheh yang diusahakan oleh Mohd Yusof Cheek bersama isterinya, Juliana Jamaluddin.
“Kami juga mendapat bantuan daripada kerajaan untuk setiap peniaga-peniaga kecil,” katanya di sini baru-baru ini.
Mohd Yusof turut memanfaatkan skim pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengembangan perniagaannya.
Tekstur donut yang lembut dengan pelbagai variasi warna dan citarasa menjadikan donut keluaran Pondok Mama Sungai Acheh ini sentiasa menjadi pilihan masyarakat di Nibong Tebal.
-ZS-