Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pra Pelancaran Program Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi

By 8 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

AYER KEROH, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Koperasi Negeri Melaka (SKM) merasmikan Mini Pelancaran Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Melaka bagi Tahun 2022 bersempena 100 Tahun Gerakan Koperasi di Menara Persekutuan MITC Melaka semalam.

Menuruh Pengarah SKM Mohd Firdaus Shaari, bagi mempromosikan Program Sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 10-12 Jun ini, SKM menganjurkan konvoi bersama pelbagai agensi kerajaan untuk menjelajah ke kawasan-kawasan ‘hotspot’ di Negeri Melaka untuk menghebahkan program tersebut kepada penduduk setempat.

“Objektif program sambutan ini adalah mempromosikan produk dan servis koperasi melalui pameran gerai serta memberi pengiktirafan sumbangan sektor koperasi kepada pembangunan sosio ekonomi negara, mengiktiraf koperasi sebagai entiti ‘Sosial Solidarity Enterprise’ (SSE) sebagai ejen penyatuan sosial dan masyarakat.

“100 Tahun Gerakan Koperasi Membangun Keluarga Malaysia merupakan tema Hari Koperasi Malaysia tahun ini bagi mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan anggota serta masyarakat” ujarnya lagi.

Program sambutan ini adalah dengan Kerjasama Institut Koperasi Malaysia (IKMA), Bank Kerjasama Rakyat, Coopbank Pertama dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Negeri Melaka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda