Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Luncur Udara Tarikan Terbaru Langkawi

By 8 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhd Sufe Fuddin (Langkawi)

LANGKAWI, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Paragliding atau luncur udara merupakan aktiviti terbaru Pulau Langkawi yang bakal menarik minat penggemar sukan lasak dalam dan luar negara.

Bukit Temoyong yang berketinggian 500 kaki dari aras laut menjadi lokasi terbaik aktiviti tersebut kerana menyajikan pemandangan indah di sekitar Pantai Chenang dan Pantai Tengah.

Menurut Pengasas Paragliding Langkawi Asnawi Mohd Hassan, juruterbang luncur udara haruslah membuat keputusan yang bijak, tahu di mana dan bila waktu yang sesuai untuk melakukan penerbangan dan pendaratan berdasarkan beberapa faktor seperti cuaca serta angin.

“Saya berharap segala usaha menjadikan Bukit Temoyong ini sebagai tempat rekreasi untuk aktiviti luncur udara terkenal mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

“Kejayaan ini akan membuka ruang keada anak-anak muda melakukan pelbagai aktiviti berfaedah dan memberi impak positif kepada pelancongan Pulau Lagenda ini,” katanya di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda