
Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Lebih 100 orang sukarelawan terdiri daripada ahli KRT Taman Anggerik, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan COMBI Daerah Johor Bahru turut sama bergotong-royong dan berjaya melupuskan 100 kilogram sampah.
Beberapa kawasan pembiakan jentik-jentik juga berjaya dimusnahkan bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes.
Pegawai Daerah Johor Bahru Datuk Abdul Rahman Salleh berkata peningkatan kes denggi dalam daerah ini merupakan satu ancaman kepada kesihatan penduduk.
“Selain Pejabat Kesihatan Daerah, pelbagai agensi seperti Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Southern Waste Management (SWM) dan COMBI Daerah Johor Bahru telah melaksanakan inisiatif bagi mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya selepas merasmikan program Gotong-Royong (GORO) Mega 1.0, di sini, semalam.
-ZS-