
Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)
KEMAMAN, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Rumah terbuka Aidilfitri tahun ini antara acara yang paling dinantikan lapisan masyarakat selepas dua tahun ianya tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19.
Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, berkata kelonggaran sambutan Aidilfitri yang diberikan pada tahun ini membuatkan ramai pihak tidak melepaskan peluang menganjurkan rumah terbuka.
“Rumah Terbuka Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mendapat sambutan yang luar biasa daripada masyarakat sekitar setelah dua tahun tiada sambutan rumah terbuka diadakan,” katanya di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Hanafiah Mat.
-ZS-