Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Timbalan Premier Lulus Peruntukan Buat DTTAS Perkasa Pembangunan Pendidikan Masyarakat Dayak Sarawak

By 13 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Judy Henry  (Sarawak)

KUCHING, 13 Jun  (Malaysiaaktif) – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan kelulusan peruntukan RM150,000 kepada Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) bagi penganjuran Karnival dan Jerayawara Pendidikan 2022, pada Majlis Pengerami Ngiling Bidai anjuran DTTAS di Pusat Konvensyen Penview, Demak, baru-baru ini.

“Isu kemiskinan bukan lagi alasan untuk golongan belia kaum Dayak gagal meneruskan pengajian selepas tamat sekolah, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Justeru, saya menyeru agar masyarakat Dayak menyokong program DTTAS memperkasakan pendidikan untuk masa hadapan yang lebih baik,” kata Douglas lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda